BERPISAH ROH DARI
JASAT
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku
sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan
masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan
memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah.
Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri,
wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk sambil meletakkan
kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19
rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata,
"Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga
tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis
sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya,
"Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa
aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya,
"Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan
wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!,"
Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika
keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di
belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya
pula mengatakan: "Aduhai anak!"
Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk
hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a
: "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke
dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya
kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali,
mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya."
Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada
itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih
tahu."
Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah,
sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan
masuk ke rumahnya untuk emmandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja
dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para
pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.
Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam
keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan
manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul
maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang
yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan
yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari
sebab lepasnya roh," Dan jika merea memandikan, maka berkata roh:
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku
dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."
Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada
kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil,
"Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam
mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum
keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada
hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi
sehingga hari kiamat."
Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan
menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku
menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi
yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan
dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak
lagi akan kembali untuk selama-lamanya."
Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi
mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga
aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari
ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."
Recent Comments